Saturday, 2 December 2017

Takaful : Halal dan Patuh Syariah

Sesungguhnya ISLAM adalah agama yang sangat SEMPURNA. Segala sistem dan peraturannya adalah berlandaskan Al-Quran dan Hadis demi kebaikan dan kemaslahatan hidup manusia.

Islam menyediakan keadah penyelesaian yang bukan sahaja praktikal malah dapat  memberikan kebaikan didunia dan di akhirat. Sebagai agama yang praktikal, ISLAM menyediakan solusi kepada pelaksanaan sistem insuran yang selari dengan prinsip dan syariah ISLAM.



Konsep Tabarru' (derma/sedekah) telah diperkenalkan sebagai asas kepada sistem Takaful dimana kontrak berkenaan adalah lebih praktikal dan selamat dari unsur-unsur gharar(syubhah), riba dan maisir(judi).

Secara ringkasnya, syarikat Takaful hanya dilantik sebagai wakil untuk mengurus dan melabur wang peserta/pencarum. Wang tetap dikira sebagai milik pencaraum/peserta. Berbeza dengan insuran konvensional dimana wang yang dibayar pencarum/peserta adalah milik syarikat insuran.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2009 telah memutuskan :
a) Insurans konvensional adalah suatu muamalah yang TIDAK PATUH Syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip ISLAM.
b) Pampasan yang diterima oleh ahli waris juga adalah sebagai harta yang TIDAK PATUH syariah.


Kepada mereka yang masih menggunakan insuran konvensional, tukarlah kepada Takaful SEGERA..!!!

Apakah Itu TAKAFUL ?

Takaful adalah satu konsep berasaskan kepada perkongsian risiko, kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain bagi menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang sejumlah wang kedalam satu tabung/dana yang akan digunakan apabila perlu.

Contohnya, katakan sebuah kampung mempunyai sebuah tabung dipanggil Khairat Kematian dimana biasanya ia diuruskan oleh Masjid, surau atau jawatankuasa kampung. Setiap penduduk menyumbang RM30 sesorang kedalam tabung tersebut. Sekiranya ada ahli kariah yang meninggal dunia, maka ahli keluarganya akan menerima sejumlah wang hasil dari tabung tersebut bagi menampung perbelanjaan pengurusan jenazah dan selebihnya boleh digunakan untuk perbelanjaan harian waris.



Inilah yang dipanggil perkongsian risiko. Setiap peserta Takaful menyumbang kepada manfaat yang diterima orang lain.