Sesungguhnya ISLAM adalah agama yang sangat SEMPURNA. Segala sistem dan peraturannya adalah berlandaskan Al-Quran dan Hadis demi kebaikan dan kemaslahatan hidup manusia.
Islam menyediakan keadah penyelesaian yang bukan sahaja praktikal malah dapat memberikan kebaikan didunia dan di akhirat. Sebagai agama yang praktikal, ISLAM menyediakan solusi kepada pelaksanaan sistem insuran yang selari dengan prinsip dan syariah ISLAM.
Konsep Tabarru' (derma/sedekah) telah diperkenalkan sebagai asas kepada sistem Takaful dimana kontrak berkenaan adalah lebih praktikal dan selamat dari unsur-unsur gharar(syubhah), riba dan maisir(judi).
Secara ringkasnya, syarikat Takaful hanya dilantik sebagai wakil untuk mengurus dan melabur wang peserta/pencarum. Wang tetap dikira sebagai milik pencaraum/peserta. Berbeza dengan insuran konvensional dimana wang yang dibayar pencarum/peserta adalah milik syarikat insuran.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2009 telah memutuskan :
a) Insurans konvensional adalah suatu muamalah yang TIDAK PATUH Syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip ISLAM.
b) Pampasan yang diterima oleh ahli waris juga adalah sebagai harta yang TIDAK PATUH syariah.
Kepada mereka yang masih menggunakan insuran konvensional, tukarlah kepada Takaful SEGERA..!!!


No comments:
Post a Comment